Sunday, 17 June 2012

Persiapan Menjelang Ramadhan | Marhaban Ya Ramadhan


Salam untuk semua, moga dirahmati Allah

Sebulan lebih lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan, bulan yang paling mulia kerana dalamnya terkandung Lailatul Qadar, suatu malam yang amalan dilipat ganda seribu bulan. Malah, kemuliaan bulan ramadhan juga dijanjikan Allah pahala berlipat ganda untuk ibadah sepanjang satu bulan...
“Ya Allah, berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan.”
Kalau habuan dunia dimintanya nilaian paling tinggi...bagaimana pula habuan akhirat yang Allah sudah dihamparkan nikmatnya, kita saja yang perlu meniti mengutipnya satu persatu sebagai bekalan hari yang kekal abadi kelak. Maka, bermula detik ini...masih punya ruang mempersiapkan diri ke mencapai yang terbaik buat Ramadhan yang bakal menjelma...tak mustahil juga kita menjadi tetamu terakhir untuk Ramadhan tahun ni...tahun hadapan dan seterusnya belum pasti.


1. Banyak berpuasa di bulan Sya’ban bermula dari awal bulan lagi
 
Bulan Rejab dan Syaaban yang menjadi pembuka tirai kepada bulan Ramadhan merupakan dua bulan "pemanas badan" buat insan yang cintakan ibadat terutama ibadah puasa. Ditambah lagi dengan solat malam dan bacaan Quran...jangan bagun pagi sekadar menatap perlawanan EURO 2012 Poland-Ukraine (pesan untuk aku...)

Diriwayatkan dari Saidatina Aisyah r.a. yang menceritakan:

“Adalah Rasulullah s.a.w. kadang-kadang terus-menerus berpuasa hingga kami menganggap beliau tidak berbuka langsung, dan kadang-kadang beliau terus-menerus berbuka hingga kami menganggap beliau tidak berpuasa langsung. Namun demikian, aku tidak pernah melihat Rasulullah berpuasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan, dan aku tidak pernah melihat beliau paling banyak berpuasa sebagaimana beliau berpuasa di bulan Sya’ban”. (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

Usamah bin Zaid r.a. menceritakan; “Aku bertanya Rasulullah s.a.w.; ‘Ya Rasulullah, mengapakah aku tidak melihat kamu banyak berpuasa di bulan-bulan lain sebagaimana kamu berpuasa di bulan Sya’ban’. Jawab Rasulullah; ‘Bulan Sya’ban itu adalah bulan yang selalu dilupai oleh manusia di mana kedudukannya di tengah antara Rejab dan Ramadhan. Namun ia adalah bulan diangkat amalan-amalan hamba kepada Tuhan Pencipta Alam. Maka aku menyukai amalanku diangkat ketika aku berpuasa”. (Riwayat Imam an-Nasai)


2.Ilmu Ibadah Puasa

Ibadah yang baik dan berkualiti adalah berlandaskan ILMU, bukanlah IKUT-IKUTAN. Ilmu tentang puasa insyaAllah aku jangkakan kita semua sudah khatam perkara ASAS PUASA sejak zaman kanak-kanak lagi...ibu ayah menjadi guru...malah di sekolah ustaz dan ustazah sering tekankan sah dan batal puasa.

Tapi...apakah puasa kita setiap tahun masih di takuk yang sama sejak zaman kanak-kanak...? Atau paling tidak pun, hampir sama sahaja amalan setiap tahun apabila menjelang Ramadhan...yang wajib adalah pusing2 bazar Ramadhan yang meriah dengan manusia dan makanan...jamu mata sebelum menjamu selera...hehe...ya tidak..?

Justeru, bagi merealisasikan impian dan azam baharu kita untuk Ramadhan akan datang...tingkatkan pembacaan buku2 agama, hadiri kuliah agama di masjid atau surau berdekatan, kurangkan menonton televisyen (patung sembahan manusia moden), bergaul dengan orang yang baik dll... 
Imam al-Ghazali membahagikan darjat puasa manusia kepada tiga bahagian;

1. Puasa umum : iaitu berpuasa dengan menahan perut dan faraj (kemaluan) dari menikmati keinginannya (makan, minum dan sebagainya).

2. Puasa khusus : iaitu berpuasa yang disertakan dengan menjaga pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota dari melakukan yang haram atau dosa.

3. Puasa khususul khusus (paling khusus) : iaitu berpuasa dengan menyertakan semua yang tersebut di atas dan menambah lagi dengan berpuasa hati dari segala cita-cita yang kotor dan pemikiran-pemikiran keduniaan dan memesongkan perhatian dari selain Allah sama sekali.

3. Persiapan Fizikal

Puasa ialah ibadah yang menguji ketahanan jasmani dan rohani...kecergasan dan kesihatan perlu diberi perhatian dari sekarang...soal makan minum...penjadualan menu yang berkahsiat. Jika sahabat2 yang berpenyakit...mungkin bersedia ubat-ubatan...vitamin tambahan  dan sebagainya yang membantu ke arah kesihatan fizikal.

Badan yang lemah pasti mengganggu perjalanan harian untuk beribadah seperti membaca Al Quran, berqiyamulail di tengah malam dan berpuasa di siang hari. Saranan kepada sahabat2, yang belum mulakan aktiviti bersenam atau bersukan sebagai rutin harian, atau mingguan...lepas ni curi2 sikit masa untuk bersenam.


4. Persiapan Rumah dan Harta

Kalau menyambut 1 Syawal...berpusu2 manusia bergotong-royong menghias dengan segala macam perkakas, cat baru dan sebagainya...maka tidak salah, malah disarankan kedatangan 1 Ramadhan, kita pakat2 hias rumah...kelihatan seri dan meriah supaya semangat Ramadhan dibantu juga dengan persekitaraan yang ceria.

Bersiap harta ni maksudnya...bekalan wang ringgit yang kita nak laburkan sepanjang bulan Ramadhan...bulan puasa juga kita dituntut supaya banyak bersedekah...dapat gaji tu boleh la buat badget siap2 simpan untuk puasa nanti...jangan badget untuk persiapan raya saja ya... InsyaAllah banyak bersedekah di bulan mulia, Allah melimpahkan lebih banyak rezeki yang penuh barakah buat kita sekeluarga.

*di copy daripada http://www.Mohamadazhan.com

No comments:

Post a Comment