Sunday 17 June 2012

Pelbagai projek pembangunan luar bandar telah dilaksanakan



160412-lead-2c
1 Malaysia : Anifah menunggang motorsikal milik salah seorang belia yang mengiringi beliau
16th April, 2012 - New Sabah Times
 
BONGAWAN: Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program dan projek pembangunan untuk terus membantu rakyat terutamanya mereka yang berada di luar bandar. Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Haji Aman, berkata di Negara ini, khususnya di Negeri ini , Kerajaan sedar bahawa masih terdapat ramai lagi para individu dan golongan tertentu yang memerlukan bantuan untuk membolehkan penglibatan mereka dalam arus perdana pembangunan Negara. “Bidang pertanian khususnya, Agro Makanan merupakan bidang yang banyak menerima bantuan peruntukan oleh Kerajaan di mana di bawah Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 tumpuan akan diberikan kepada meningkatkan kecekapan Industri AgroMakanan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan penutupan Kempen Meningkatkan Hasil Padi bagi kawasan Bongawan di Dewan Serbaguna Kampung Tengah, Bongawan di sini.

Anifah yang juga Ahli Parlimen Kimanis berkata, ianya termasuklah memberi tumpuan kepada industri padi dan beras Negara. “Dasar ini telah menetapkan bahawa pengeluaran beras tempatan perlu ditingkatkan dari 2.55 juta tan tahun 2010 ke 2.91 juta tan padi menjelang tahun 2020 bagi memastikan bekalan beras Negara mencukupi memandangkan hanya tujuh peratus daripada jumlah pengeluaran beras dunia didagangkan,” kata- nya.

Beliau berkata, ke arah peningkatan tersebut ada enam strategi yang telah dikenal pasti, antaranya ialah me- ningkatkan produktiviti dan kualiti padi dan beras dengan melaksanakan kempen meningkatkan hasil padi yang telah dikendalikan oleh Jabatan Pertanian. Menurutnya, usaha Kerajaan untuk meningkatkan pengeluaran padi dan seterusnya membantu meningkatkan pendapatan pesawah mungkin tidak kesempaian sekiranya terdapat kurang komitmen daripada rakyat sendiri. “Umpamanya, dalam usaha Kerajaan untuk meningkatkan prestasi hasil padi, semua perkara yang berkait dengan amalan pertanian yang baik seperti melaksanakan penanaman menggunakan benih padi yang baik. “Melaksanakan pembajaan sawah dengan sempurna, melaksanakan pembajaan mengikut kadar dan masa yang diperlukan oleh tanaman dan sebagainya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Anifah turut mencadangkan bagi mereka yang kurang berkeupayaan terutamanya dalam mengusahakan tanaman padi di kawasan itu disebabkan faktor usia yang sudah lanjut agar tanah sawah mereka disewakan atau dipajak kepada pengusaha yang lain yang diyakini sekiranya anak-anak mereka tidak berminat untuk mengusahakannya. “Ini adalah kaedah terbaik yang mana mereka boleh menerima faedah daripada tanah-tanah sawah tersebut,” katanya. Turut hadir pada majlis itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bongawan, Datuk Karim Bujang, Pengarah Pertanian Sabah, Datuk M.C. Ismail Salam dan Pegawai Daerah Papar, Iman Ali, Setiausaha Politik Menteri Luar, Datuk Norhaidi Che Dan dan pemimpin tempatan.

Terdahulu itu, ketika berucap pada majlis penyerahan basikal dan peruntukan Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) di SMK Bongawan, Anifah menasihatkan para pelajar supaya belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dalam akademik. Katanya, ilmu pelajaran adalah sangat penting dan mereka harus menunaikan harapan ibu bapa mereka yang mengharapkan anak- anak mereka terus maju dan berjaya. Di samping itu, beliau juga menggesa PIBG supaya sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak sekolah.

Pada majlis itu, Anifah menyampaikan sumbangan 100 buah basikal kepada para pelajar yang terpilih untuk kegunaan mereka ke sekolah. Beliau juga turut memberikan sumbangan RM10, 000 setiap satu kepada tabung PIBG dan Badan Kebajikan Staff Sekolah untuk tiga buah sekolah menengah iaitu SMK Bongawan, SMK Bongawan 2 dan SM Agama Bongawan.

No comments:

Post a Comment