Monday 11 June 2012

Pekan Bongawan


Deretan Kedai Kayu (lama) Pekan Bongawan
Pekan Bongawan adalah sebuah pekan kecil yang terletak di salah satu kawasan di Negeri Sabah iaitu lebih kurang berjarak 60km dari Bandaraya Kota Kinabalu. Pekan Bongawan adalah pusat perniagaan dan sosial bagi penduduk Bongawan. Terdapat deretan kombinasi kedai lama dan kedai baru di sekitar Pekan Bongawan.

Dari segi sejarah Pekan Bongawan telah dibuka sekitar tahun 1900 lagi, bagaimanapun maklumat ini tidak dapat disahkan kerana terdapat pendapat mengatakan bahawa Pekan Bongawan telah dibuka lebih awal lagi daripada tahun tersebut.
Jalan Masuk Utama ke Pekan Bongawan
Kewujudan Kedai Kayu pada tahun 1939
Mengikut maklumat dari mulut kemulut mengatakan bahawa Pekan Bongawan asalnya terletak di pinggir sungai Bongawan yang juga tidak jauh dari pekan tersebut yang sekarang ini telah menjadi tapak perkuburan orang-orang islam di Bongawan. Menurut hukum logiknya, suatu ketika dahulu, sungai merupakan jalan utama bagi penduduk Bongawan, maka di buatlah tempat pendaratan ikan di sungai tersebut yang mana nelayan juga adalah salah satu sumber/pekerjaan utama penduduk pada masa tersebut. ditambah lagi, produk-produk pertanian yang didatangkan daripada ulu Bongawan seperti beras, sayur hutan, buah-buahan dan lain-lain. Pekan Bongawan la tempat mereka menurunkan barang-barang tersebut serta bersosial. kebetulan pula Pekan tersebut terletak ditengah-tengah antara kampung di sebelah darat dan kampung di sebelah laut. Maka wujudlah sebuah Pekan yang sehingga sekarang ini dikenali sebagai Pekan Bongawan.

 Bangunan-bangunan pekan Bongawan yang ada sekarang ini telah di sasar sedikit daripada sungai tersebut apabila keadaan berubah. Menurut sumber penyimpan sejarah Bongawan, Pekan yang ada sekarang ini boleh dikatakan sebagai Pekan yang  baru wujud sekitar tahun 1939 apabila dua buah bangunan kayu dibina di kawasan tersebut. Pekan dan dua buah bangunan kayu tersebut juga telah melalui perang dunia kedua berdasarkan kepada umurnya yang telah wujud semenjak tahun 1939 lagi. Dengan kewujudan bangunan kayu tersebut, maka rasmilah Bongawan telah mempunyai sebuah pekan tempat penduduk Bongawan berurusniaga dan bersosial bagi mengeratkan silaturrahim sesama mereka.
Kedai Baru Pekan Bongawan

Kombinasi Antara Kedai Baru dan Kedai Lama Pekan Bongawan
Kedai baru Bongawan pula terletak bersebelahan dengan kedai-kedai lama Pekan Bongawan. Kedai baru ini telah dibina selepas tahun 2000 yang lalu (tidak ingat tahun pembinaannya). Tamu Pekan Bongawan yang kebiasaannya di buat pada hari sabtu juga telah dipindahkan lokasi perniagaannya dari area kedai lama ke area kedai baru. terdapat berbagai-bagai aktiviti perniagaan dijalankan di kadai baru ini antaranya kedai makan, perabot, perniagaan runcit, bengkel membaiki motorsikal dan sebagainya. Keperluan penting Pekan Bongawan yang belum ada adalah sebuah 'Bank'. Bank ini jika di wujudkan di Pekan Bongawan akan dapat banyak membantu menaiktaraf sosio ekonomi di pekan tersebut selain kemajuan infrastruktur dan sebagainya.

Menurut pendapat penulis secara peribadi, dengan ketiadaan Bank maka aliran tunai penduduk Bongawan akan keluar daripada Bongawan yang mana perkataan mudahnya, apabila sesorang penduduk Bongawan mengambil duit/wang di Daerah Papar, membakut ataupun Beaufort maka sudah pasti orang tersebut akan berbelanja membeli barang keperluan di Daerah tersebut tanpa menyusahkan diri lagi untuk berbelanja di Pekan Bongawan. Apabila balik ke Bongawan, mereka hanya akan berbelanja baki wang yang tinggal di Pekan Bongawan. Maka banyak aliran tunai penduduk tersebut telah keluar dari Pekan Bongawan. Dengan itu, para peniaga sukar untuk memperbesarkan lagi perniagaan mereka, manakala pelabur lain tidak berminat untuk melabur apabila mereka melihat penduduk Bongawan berbelanja di Daerah lain.(hanya sekadar pendapat)

Selain itu, terdapat juga kemudahan-kemudahan lain yang ada di Pekan Bongawan. antaranya Pasar Basah (Ikan dan Sayur), Dewan serbaguna, Sekolah (SK Pekan Bongawan dan SMK Bongawan), Klinik Kesihatan Bongawan, Gelanggang Futsal, Stesen Keretapi, Masjid Pekan Bongawan, Balai Polis, Pejabat Pos, Pejabat Perhubungan Ahli Parlimen (YB Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Luar Malaysia) dan sebagainya. Banyak kemajuan telah di capai oleh Pekan Bongawan yang jauh telah berbeza daripada dahulu hasil daripada kepimpinan dan perubahan yang di bawa oleh Ahli Parlimen P.176 Kimanis. Terdapat banyak lagi kemajuan untuk diceritakan tetapi di masa akan datang kerana artikel ini hanya bertujuan untuk menceritakan tentang Pekan Bongawan Sahaja.



Gambar-gambar menarik sekitar Pekan Bongawan

Kesimpulanya Pekan Bongawan adalah sebuah pekan kecil yang terletak di Pantai Barat Sabah dan termasuk di dalam Parlimen 176 Kimanis. Ramai orang yang tidak tahu asal usul kewujudan Pekan Bongawan dan artikel ini ditulis bagi menceritakan sedikit berkenaan dengan Pekan Bongawan. Pekan Bongawan mempunyai potensi untuk membangun asalkan penduduk Bongawan bersatu hati membantu dan menyokong YB ahli Parlimen P.176 Kimanis untuk mendapatkan pengiktirafan dan mewujudkan sebuah Daerah yang suatu masa nanti akan dikenali sebagai Daerah Bongawan. Banyak faedah untuk orang Bongawan khususnya dan sekitarnya jika Bongawan di iktiraf sebagai sebuah Daerah. Akan banyaklah kemajuan yang boleh di capai untuk membangunkan Bongawan khususnya Pekan Bongawan di masa akan datang.





11 comments:

  1. Tahniah..inilah blog yang penduduk bongawan perlukan, dengan ada blog ni barulah Bongawan dikenali di mata dunia dan suatu hari nanti Bongawan pasti mampu bersaing dengan daerah-daerah lain di Sabah...Syabas & Tahniah sekali lagi.

    ReplyDelete
  2. asmkm salam 1 malaysia..mau tanya memang bgtu ka eja Bengawan?/atau >>>> BONGAWAN..mohon ulasan kpd anak jati bongawan..??

    ReplyDelete
  3. bongawan ejaan nye,bkan bengawan,bengawan tu nda silap nama sungai di indonesia,namanya bengawan solo,

    ReplyDelete
  4. haha,thanks this will be useful to our form 3 assignment...thanks again...

    ReplyDelete
  5. ejaan yg betul bungawan asal dari bunga yang menawan

    ReplyDelete
  6. nama bongawan bukanlah berasal dari nama bunga .. kalau x silap saya berasal dari bangau di awan .. d gabung mnjadi bongawan .. tak silap saya lah .. saya ank jati bongawan .. im proud of bongawan

    ReplyDelete
  7. Nma sy Rusdi atau panggilan biasa Anuar..sy berasal dri Ranau Sabah..sya sbnrnya tertarik utk berkongsi pnglmn n kenangan² manis sy semsa sya ikut kwn sya pegi d bongawan papar.tpi sdah lma lh.mungkin 6 or 7 years yg lps..kg bongawan nhe sngt best..sehinggakn smpi skrg sy x boleh lupakn kenangn² sy sma kwan sy..nma kwan sy nhe klu sy xda silap ARWAN BIN MUSTAPAH atau panggiln biasa WAN..sy sudah lama xda jumpa kwan sy nhe.sy sngt rindu sma dya..sy xdah lma xda dpt contact ngn kwn sy nhe.sy teringin mau jumpa tpi xda masa yg tepat.lgipun sy xda psti sma da dya msih kenl sma sy atau xda.tpi sy msih ingt dya lahh..sy msih kenl bbrpa adik day.nma adik dya klu sy xda silap AYONG,AWANG n UMI..tue jer lgi yg sy kenl dlm adik bradik kwn sy nhe..so,klu ada spa² yg thu atau kenl sma kwn sy d kg bongawan nhe,pm atau contact sy d fb ah..nhe email sy.Rusdiubid@yahoo.com..atau add sy d wechat.nhe id sy Anuar1997 . .bila dh add,kita crita yg selanjutnya d sna ye..harap boleh tolong sy..k...tue sja..bye²...

    ReplyDelete
  8. sudah tukar mae bungawan bunga yg menawan

    ReplyDelete
  9. Salam penulis..aku ni pelajar sejarah ukm..aku org bongawan..aku ni kira kan menulis tesis pasal bongawan ni terutama nya bahasa nya 2 sbb byk org nda tau ttg bongawan ni termasuk org sbh sendiri terutama yg dari sandakan dan tawau mcm tu..jadi agak menyedih kan..jadi aku mau buat tesis supaya bongawan ni lbh dikenali..penulis tau kah ttg sejarah penuh bongawan atau kenal sapa2x org tua yg tau sejarah bongawan penuh dari pembukaan nya mcm mana?kalau ada tlg bgtau ah sbb tahun depan aku mau kaji..tq..

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete