BONGAWAN..secara
umumnya ramai orang tidak mengenali sebuah kawasan di satu sudut Negeri
Sabah yang dinamakan sebagai Bongawan. Di dalam peta sekalipun
selalunya sebuah penempatan yang bernama Bongawan terlepas pandang untuk
dicatatkan di dalam peta tersebut. Umum tidak mengetahui bahawa
Bongawan adalah sebuah kawasan strategik kerana terletak ditengah antara
Kota Kinabalu dan Daerah Sipitang serta antara Daerah Papar dan Daerah
Beaufort. Artikel ini akan menceritakan serba ringkas sebuah kawasan yang dikenali sebagai Bongawan.
Papan tanda KK - Bongawan - Beaufort |
Dari segi sejarah pula secara ringkasnya Bongawan mendapat nama daripada
haiwan yang digelar 'burung bangau' (egrets) yang banyak terdapat di
sawah-sawah padi disekitar Bongawan. Hasil dari perkataan bangau, lama
kelamaan berubah menjadi bangauan dan seterusnya berevolusi lagi menjadi
Bongawan yang dikenali sehingga kehari ini.
Untuk makluman juga, 'Bongawan' sebelum ini dikenali sebagai 'Bengawan'. Difahamkan juga nama Bengawan tersebut telah diubah kepada Bongawan pada sekitar tahun 1970an.
Untuk makluman juga, 'Bongawan' sebelum ini dikenali sebagai 'Bengawan'. Difahamkan juga nama Bengawan tersebut telah diubah kepada Bongawan pada sekitar tahun 1970an.
Papan tanda Pekan Bongawan |
Dari
segi penduduk pula majoriti penduduk tetap yang tinggal di Bongawan
adalah berbangsa Brunei. Kaum kedua terbesar di Bongawan pula adalah
kaum Dusun/Kadazan yang banyak mendiami Ulu Bongawan. Seterusnya kaum Cina yang mendiami Pekan Bongawan dan kaum-kaum lain yang tinggal
bersama-sama di Bongawan. Perpaduan yang wujud di Bongawan ini sesuai
dengan konsep dan semangat 1Malaysia.
Begitulah
secara ringkasnya sebuah penempatan yang dikenali sebagai Bongawan.
Kepada sesiapa yang tidak pernah tahu ataupun mengenali Bongawan,
mudah-mudahan selepas ini akan kenal Bongawan dan berkunjung ke
Bongawan. Bongawan juga dikenali dengan penduduk yang ramah mesra dan
insyallah anda tidak akan mendapat sebarang kesulitan jika berada di
Bongawan.
Satu lagi tarikan yang ada di Bongawan ialah Borneo Golf & Country Club (BGCC)
ReplyDeleteNo, that is not how Bongawan got its name. As we know, bongawan is called Bengawan before 1970. If bengawan got its name from "bangau", then why in Brunei Darussalam got Seri Begawan? Why in Jawa got Bengawan solo? Is this a coincidence? No! In three places of Borneo got this three names. One in Sabah Malaysia, one in Brunei, also include in Sarawak. One in Jawa Sumatra Indo. There's a story behind this.
ReplyDeletepantai kenangan ada di bongawaln
ReplyDelete