Bongawan, Membakut jadi Daerah penuh
BONGAWAN 27 Mei - Kerajaan Negeri akan menaik taraf Daerah Bongawan
dan Membakut sebagai Daerah penuh seiring dengan Program Transformasi
Kerajaan (GTP) yang dilaksanakan Kerajaan Pusat. Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, kajian terperinci akan dibuat secepat mungkin bagi merealisasikan hasrat itu. "Usaha menaik taraf Bongawan dan Membakut sebagai Daerah penuh akan
merangsang pertumbuhan ekonomi di kawasan berkenaan," katanya ketika
berucap pada majlis Yayasan Sabah bersama rakyat di Sekolah Menengah
Kebangsaan Bongawan 2, di sini semalam. Turut hadir Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman, Menteri Kerajaan
Tempatan dan Perumahan Negeri, Datuk Hajiji Noor, Menteri Pembangunan
Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Datuk Azizah Mohd. Dun dan
Pengarah Yayasan Sabah, Tan Sri Datu Khalil Datu Jamalul.
Menurut Musa, selain pembangunan pesat penduduk kedua-dua Daerah itu juga semakin bertambah dari semasa ke semasa. Tambahnya, kawasan itu juga berpotensi untuk dibangunkan dan mampu memberi sumbangan ekonomi kepada masyarakat setempat. Sementara itu, beliau meminta rakyat di negeri ini terus memberi
sokongan padu kepada Barisan Nasional (BN) yang terbukti mampu membantu
rakyat dan membangunkan Negeri. Katanya, sokongan berterusan rakyat dapat memastikan segala program pembangunan yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik. "Kerajaan BN tidak pernah mungkir janji dan berbohong kepada rakyat sebaliknya segala janji dilaksanakan. "Jadi, tiada alasan bagi rakyat menolak segala pembangunan yang
dilaksanakan Kerajaan dan rakyat seharusnya bersyukur dengan nikmat yang
diterima," ujarnya.
Golden Nugget Hotel and Casino - Mapyro
ReplyDeleteGolden Nugget Hotel and Casino 나주 출장안마 in Las Vegas is located in Downtown Las 당진 출장마사지 Vegas 제천 출장샵 and is a short drive from The Cosmopolitan 포천 출장샵 of Las Vegas. The resort features Rating: 2.8 청주 출장안마 · 7 reviews