Ridzuan Kadir, (2008) Kajian kualiti air Sungai Bongawan, Sabah. Universiti Malaysia Sabah
Sekadar Hiasan |
Kajian kualiti air Sungai Bongawan dengan parameter yang dipilih telah
dijalankan pada 17 Disember 2007, 25 Januari 2008 dan 8 Februari 2008 di
Bongawan, Papar. Kajian ini melibatkan empat stesen persampelan di
sepanjang Sungai Bongawan yang terletak di Kg. Seri Serbang, Kg. Tarap,
Kg. Hulu dan Kg. Sumbiling. Sebahagian parameter dijalankan secara in
situ atau di lapangan dan sebahagian parameter dijalankan secara in
situ. Analisis in situ adalah dijalankan di dalam makmal dan mengikut
piawaian APHA, 1985. Keputusan analisis setiap parameter mempunyai julat
nilai berikut; pH (8.47 - 6.42), DO (8.18 - 4.77), IDS (17 - 660),
kondaktiviti (4470 - 24.5), suhu (29.48 - 25.0), BOD (1.3 - 0.1) dan TSS
(0.0265 - 0.0001). Hasil dari kajian ini menunjukkan kualiti air Sungai
Bongawan berada dalam keadaan yang baik. Nilai parameter-parameter ini
menunjukkan Sungai Bongawan masih dalam tahap baik dan dalam kelas I
mengikut piawaian JAS (2006).
No comments:
Post a Comment